Ustaz Don Daniyal
Dalam kehidupan
sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor,
percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin
jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan
mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita
meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita
sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2
sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana
kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul
dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya
mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak
jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan
masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke
mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan
muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan
masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha
sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah
setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah
selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah
yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus
menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu
Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat
walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni
dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar
setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan
dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah
bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang
berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu
ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi
manfaat pada semua.
Amin...amin....amin.....
No comments:
Post a Comment